tatkala aku menyuruh dia pergi ke sekolah pada hari esoknya , dia memberi alasan bahawa dia bangun lewat . aku memaksa nya juga walaupun ku tahu dia seorang yang malas bangun ( yeke ? ) . aku tak kesah , janji dia datang sekolah . lagipun dia nak amik SPM tahun ni . aku pakse dia . tapi dia bagi satu syarat ( ntah la , tak ingat sangat ) , iaitu aku harus call dia pagi2 untuk kejutkan dia . aku akur , kerana aku mahu dia datang ke sekolah jua .
keesokan paginya , lepas aku mandi , aku terus mencapai telefon bimbitku lalu mendail nombor telefon adiknya kerana aku sama sekali tidak tahu nombor telefon dia yang sebenarnya . jadi , aku call dia . dalam hati aku berdebar-debar kerana sebelum ini aku tidak pernah telefon mana-mana lelaki bukan muhrim semata-mata nak kejut bangun pagi . panggilan diangkat namun tiada suara . aku pun bercakap , "hello" . satu suara berdengung di telinga ku . aku yakin itu adalah dia . suara bangun tidur itu sangatlah comel . aku pun bersuara , "dah bangun belum" . suara dia membalas yang berbunyi seperti malas hendak bercakap . lalu aku bersuara lagi , "k lah , gi lah siap-siap mandi . bye" , dan suara itu membalas , "bye" . walaupun agak pendek perbualan itu , aku masih ingat . ya , masih ingat . suara dia selalu terngiang-ngiang di dalam telingaku . setiap kali aku teringat akan insiden ini , hatiku rapuh .
semuanya aku lepaskan kerana rakanku juga menyukainya . dan aku pasti bahawa dia juga menyukai rakanku . aku redha . dengan kesukaran ini , aku cuba juga untuk melupakan dia . aku harap aku berjaya . terima kasih ya Allah , kau ajarkan aku erti pengorbanan , erti persahabatan dan juga erti kesabaran mengharungi segala dugaan-Mu .
No comments:
Post a Comment